Monday, 1 February 2016

Cerpen : Terlanjur Mencintaimu Part 3


Setengah jam sudah berlalu , tidak ada apa-apa tanda dari Ungku Amzar menunjukkan dia akan turun untuk makan. Anis Sofiya menuju ke bilik tidur kerana mula bosan menunggu. “Ishh , takkan dah tidur kot? Selalunya dia akan turun makan. Dah pukul berapa dah ni?”, Anis Sofiya berkata sendiri sambil memandang ke arah jam dinding. Anis Sofiya patahkan niat untuk ke bilik tidur , dia patah balik duduk di sofa dan bersungguh untuk menunggu Ungku Amzar keluar dari biliknya untuk makan malam.

Satu jam kemudian.

Anis Sofiya tidak dapat menahan matanya lagi. Tanpa sedar , dia melunjurkan kakinya di atas sofa lalu tertidur di situ sambil televisyen masih menyala. Ungku Amzar yang sejak tadi memerhatikan tingkah Anis Sofiya dari atas tersenyum sendiri. Perlahan-lahan kakinya menapak menuruni anak tangga memasuki ke ruang tamu rumah. Melihatkan Anis Sofiya yang berpakaian sedemikian ingin sahaja dia menghamburkan tawa sebesar-besarnya , namun ditahankan saja niatnya itu. Dia memasuki bilik tidur Anis Sofiya untuk mengambil selimut dan menyelimuti tubuh isterinya itu supaya tidak kesejukan.

**********************************

Keesokannya Anis Sofiya bercadang untuk meluangkan masa bersama teman baiknya , Norkiah. Dia ingin meminta kebenaran suaminya untuk keluar rumah tapi dia tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan hasrat tersebut kerana lelaki itu langsung tidak mahu memandang wajahnya.

Kereta BMW milik suaminya elok terpakir di garaj rumah. Hatinya gelisah sambil memandang ke arah pintu bilik Ungku Amzar dan jam di tangannya. Anis Sofiya sudah dapat satu idea , dia berlari masuk ke bilik semula untuk mencapai satu kertas kecil dan sebatang pen lalu ditulisnya nota kecil. Sepantas kilat dia keluar dari biliknya bertujuan untuk menuju ke tingkat atas rumah , namun malang tidak berbau. Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik miliknya , Anis Sofiya terus terjatuh akibat kakinya tersepak sesuatu benda yang keras semasa dia mahu keluar dari pintu biliknya.

Gedebuk.

Jatuh seperti nangka busuk. “Aduh....”, Anis Sofiya mengaduh kesakitan sambil mencari-cari apakah benda yang tersepak olehnya tadi. “Macam mana boleh tersepak dumbell ni pulak....”, keluh Anis Sofiya sambil mengurut-urut buku lalinya. Dia yang sudah siap berpakaian dan bertudung ingin keluar dari rumah sudah tidak kelihatan terurus lagi.

Tiba-tiba sahaja Anis Sofiya dapat merasakan ada seseorang sedang mendekatinya. Hatinya berdebar. Beberapa saat kemudian , kelihatan Ungku Amzar muncul dari arah belakangnya dan berlalu begitu sahaja menuju ke bilik tidurnya di tingkat atas. Mata Anis Sofiya memerhatikan pergerakan Ungku Amzar yang sedang menaiki anak tangga. Sebaik sahaja pintu bilik Ungku Amzar ditutup , jantung Anis Sofiya berdegup kencang dan tidak lama kemudian dia berasakan udara panas mengelilingi mukanya.

‘Malunyaaa!!!!!!!!!!!!’, hati kecilnya menjerit sendiri sambil menutup muka dengan kedua-dua belah tapak tangan. Tidak lama kemudian dia terus bangun dari tempat tersebut lalu memperkemaskan diri menuju ke kereta miliknya dan keluar dari kawasan perkarangan rumah dengan hati yang sebal.

**********************************

“HAHAHAHAHHAHAHAHA. Kau biar betul Anis??!!”, Norkiah menghamburkan tawa sepuas hatinya.

Anis Sofiya mencebik.

“Tak sangka aku , baru kahwin je kau dah buat perangai lama. Tak sampai seminggu lagi kan?” , tambah Norkiah lagi.

“Kau jangan lebih lebih Kiah. Nanti aku tak nak datang sini lagi dah.”, rajuk Anis Sofiya. Norkiah adalah teman baik Anis Sofiya sejak mereka berdua menjadi teman sebilik semasa di univerisiti dulu. Kini , Norkiah sudah mempunyai kedai butik baju muslimah sendiri. Kadang-kadang Anis Sofiya akan membantu Norkiah pada masa yang sama Anis Sofiya juga merupakan model muslimah tetap di kedai butik tersebut.

“Okay okay , aku mintak maaf okay. Dah la , pergi siap sana. Amy dah tunggu kat dalam nak make up kan kau. Nanti aku bawak baju.”, arah Norkiah kepada Anis Sofiya. Anis Sofiya mengangguk lalu berlalu menuju ke bilik make up.

**********************************

*Pranggg!!*

Anis Sofiya terkejut mendengarkan bunyi barang berkaca pecah dari luar biliknya. Segera dia keluar untuk melihat apakah yang berlaku.

“Ya Allah. Kenapa ni?” , soal Anis Sofiya terkejut melihat Ungku Amzar yang berdiri dalam gelap. Dilihatnya juga pasu bunga yang sebelum ini terletak elok di sebelah sofa sudah pun pecah. Lama dia perhati Ungku Amzar yang terdiam kaku. Tiba-tiba matanya terus menangkap tangan kanan Ungku Amzar yang sudah berlumuran darah. Cepat-cepat Anis Sofiya mencapai tangan Ungku Amzar.

Ungku Amzar menarik semula tangannya. “Jangan ganggu aku.” , kata Ungku Amzar kasar kemudian terus berlalu menuju ke bilik tingkat atas.

Anis Sofiya mencebik , ‘Kenapa lah pasu ni yang jadi mangsa dia.. kesian kau pasu.’ Anis Sofiya mencari kain putih dan dia membawa air suam menuju ke bilik Ungku Amzar. Dia akan mengemas kaca-kaca yang pecah itu selepas melihat keadaan Ungku Amzar.

*knock knock*

Tiada maklum balas diterima. Perlahan-lahan pintu yang tidak berkunci itu dibuka. Dilihatnya Ungku Amzar sedang terbaring di atas katilnya. “Awak.... awak... , kenapa tak cuci tangan tu?”, soal Anis Sofiya apabila melihat tangan Ungku Amzar yang masih berdarah itu tidak dicuci. Anis Sofiya mengambil tempat di atas katil dan bekas yang berisi air suam itu diletakkan di atas ribanya. Perlahan-lahan dia membasahkan kain di dalam bekas yang berisi air suam itu lalu di cuci luka dan darah dari tangan Ungku Amzar.

‘Tidur mati lah dia ni. Aku kat sebelah dia ni pun boleh tak sedar?? Hishh.’, bisik Anis Sofiya.

“Mia... mia...”, tiba-tiba Ungku Amzar memanggil nama tersebut dalam keadaan  dirinya yang masih sedang tidur. Anis Sofiya yang sudah selesai membalut tangan Ungku Amzar mula berlalu pergi.

**********************************

Selepas menunaikan solat subuh , Anis Sofiya meluangkan masanya dengan membaca Al-Quran. Tanpa sedar , jarum jam sudah menunjukkan 7:13 pagi. Kain telekung dan sejadah dilipatnya lalu dia keluar dari bilik untuk melihat keadaan Ungku Amzar.

Hampir sesak nafas Anis Sofiya sebaik sahaja melihat sekujur tubuh hampir saja mahu merempuh dirinya. Cepat-cepat Anis Sofiya menahan tubuh tersebut dengan kedua-dua tangannya. Oh , Ungku Amzar cuba mencuri dengar apa yang Anis Sofiya buat di dalam bilik.

Kelam kabut Ungku Amzar apabila kini dirinya ditangkap cuba mengendap Anis Sofiya.

“Dah lama buat kerja ni?”, Anis Sofiya cuba berlagak tenang. Walhal , hatinya berdebar melihatkan perbuatan Ungku Amzar yang tiba-tiba sahaja peduli dengan kewujudan dirinya.

Ungku Amzar terdiam.

Anis Sofiya menolak perlahan badan Ungku Amzar ke tepi supaya ada laluan untuk dirinya keluar dari situasi yang membuatkan jantungnya gugur. “Awak nak air?”

“A..ah?”, gagap Ungku Amzar.

Anis Sofiya tergelak kecil , “Tangan awak dah okay?”, soal Anis Sofiya lagi sambil membawa segelas air masak kepada Ungku Amzar.

Huluran tersebut disambutnya dengan tangan kiri. Kemudian matanya mengiringi Anis Sofiya yang sedang menuju ke ruang tamu. Perlahan-lahan juga kakinya melangkah menyusul Anis Sofiya.

Anis Sofiya membuka suis televisyen sambil menukar-nukar siaran tv. Jantungnya berdetak tidak menentu, entah apalah irama yang dimainkan sekarang ini. Dari hujung anak matanya , dia tahu Ungku Amzar sedang memerhatikan dirinya. Anis Sofiya mula berasa tidak selesa , “Awak nak apa-apa dari saya ke?”

Ungku Amzar tersenyum.

Cair hati Anis Sofiya. Ini adalah kali pertama dia melihat wajah Ungku Amran senyum ke arahnya. ‘Matilah nak......’

“Tak de pape. Saya nak ucap terima kasih.. untuk ni.”, luah Ungku Amzar sambil mengangkat tangan kanannya.

Anis Sofiya hanya tersenyum kecil sahaja. “Benda kecik je.”

*krik krik*

Ya. Tiada apa-apa lagi perbualan yang ingin disambung. Dirasakan ini adalah kali pertama mereka bertemu dua mata.

“Anis.”

Terus Anis Sofiya memandang ke arah Ungku Amzar yang duduk berhadapan dengannya. Cuma mereka dipisahkan oleh meja kayu ruang tamu. Sekejap sahaja Anis Sofiya memandang ke arah Ungku Amzar , hati dan matanya tidak dapat bertahan lama.

“Saya nak mintak maaf sebab berkasar dengan awak sebelum ni. Terima kasih kerana awak sabar dengan saya.”, luah Ungku Amzar ikhlas.

Lama Anis Sofiya terdiam. “Tak apa lah. Saya tak kisah. Saya pun faham. Awak terpaksa kahwin dengan saya. Takkan la saya nak paksa awak untuk suka saya lepas kahwin ni pulak kan.. Saya faham.”

Ungku Amzar tersenyum kelat.

**********************************

Ungku Amzar datang melawat neneknya di rumah.

“Cucu nenek sihat?”, soal Puan Rahimah.

“Alhamdulillah sihat nek.”, balas Ungku Amzar.

“Kenapa tak bawak Anis sekali datang sini?”

Ungku Amzar terdiam.

“Am... Anis tu nenek tengok dia baik orangnya , cu. Inshaa Allah , dia boleh jaga Am lebih baik dan lebih menghargai Am. Tapi , Am pun kena lah layan dan jaga Anis baik-baik. Jangan abaikan keperluan dan kehendak isteri Am tu. Kesian Anis.”, nasihat Puan Rahimah.

Ungku Amzar mengeluh kecil , “Am perlukan masa nek. Nenek pun tahu , susah untuk Am mulakan semua ni dengan orang yang Am tak pernah kenal.”

Puan Rahimah tersenyum , “Am , next time bawak Anis datang sini ye.”

Penuh makna dan tinggi harapan Puan Rahimah kepada Ungku Amzar.

**********************************

Pagi Sabtu yang membosankan buat Ungku Amzar. Kebiasaannya pada pagi hujung minggu dia pasti akan sibuk dengan kerja di pejabat. Tetapi , kali ini dia dapat arahan dari Ungku Suhaimi setiap Sabtu dan Ahad dia tidak perlu datang ke pejabat. Ungku Suhaimi mahukan Ungku Amzar meluangkan masa bersama menantunya , Anis Sofiya.

Ayah nak kamu luangkan masa dengan Anis. Ayah tahu kamu belum cukup mengenali Anis , jadi Ayah nak kamu gunakan peluang ini untuk kenal dia. Belajar terima dia dalam hidup kamu.”

Pagi-pagi lagi bayang Anis Sofiya tidak kelihatan di perkarangan rumah. Tercari-cari juga Ungku Amzar akan batang hidung Anis Sofiya.

Tidak lama kemudian , Anis Sofiya muncul dari kawasan luar rumah. Rupa-rupanya dia keluar pagi untuk berjoging. “Assalamualaikum.”, Anis Sofiya memberi salam. Kasut sukan dibukanya dan diletakkan di ruang menyimpan kasut , dia langsung tidak sedar akan kewujudan Ungku Amzar yang sedang duduk di ruang tamu. Kemudian dia terus menuju ke bilik tidurnya untuk menyalin baju. Anis Sofiya membuka tudung dan jaketnya kemudian keluar dari bilik untuk minum segelas air.

“Anis.”

Hampir luruh jantung Anis Sofiya apabila terdengar suara Ungku Amzar. Anis Sofiya kaku. Dia tidak langsung berpaling memandang ke arah Ungku Amzar. ‘Alamak?’ , mengenangkan dia hanya bersinglet berseluarkan seluar sport attire dia berlari kecil untuk mencari baju yang sesuai.


“Stop!”

Bersambung...

p/s: Maaf - maaf. Tuan blog dah lama tak update kan? Hahahahah. Sorry sangat sebab abaikan blog ni kejap. Hehehe.


2 comments:

yaziidah said...

Teruskan menulis! Teruskan teruskan nanti bila dah confirm jadi penulis baru best kan hehe try your luck!

Kim Chaa said...

Singgah klik tabung ^^
salam kenal .
http://kimchaa.blogspot.my